Pages

Wednesday 4 November 2015

Pilihlah cara hidup islam walau berkawan dengan bukan islam

Pilihlah cara hidup islam walau berkawan dengan bukan islam
..................................
Sedikit luahan setelah melihat ramai yang berkawan dengan bukan islam tapi terikut2 budaya mereka
sepatutnya kita bawa mereka kembali ke fitrah
kita sama-sama belajar sebab kita pun banyak lagi yang tak tahu sebenarnya

Yer mungkin rasa hebat bila dapat bersama dengan berlainan bangsa dan agama
tapi ingat itu bukan sandaran untuk kita tinggalkan agama dan budaya kita

setelah berkahwin banyak lagi cabaran dan dugaan perlu ditempuhi
nampak mudah nampak bahagia tapi sebaliknya banyak yang panca roba yang dilalui

pilihlah orang yang betul-betul menyayangi kita dan pilih kita kerana ikhlas bukan kerana nafsu semata
takut nanti jadinya 'habis manis sepah dibuang'

Bila sudah berkahwin, banyakkan belajar dan mendalami agama islam
solat berjemaah bersama,hadir ke kelas agama bersama,banyakkan bacaan buku agama,kurangkan mendengar lagu di radio sebaliknya tukar kepada bacaan al-quran dan zikir2 yang mana salah satu cara untuk menghafal dengan mudah.

Bila sudah ada anak, ajarkan anak2 tentang agama islam, budaya mereka jangan ditinggalkan asalkan tidak menyalahi agama islam. Berbuat baik dengan ahli keluarga mereka.
Tunjukkan contoh dan teladan yang baik kepada mereka.

Alhamdulillah sedikit pengalaman berkahwin dengan suami berbangsa cina saya kongsikan bukan niat untuk riak atau berbangga tapi itulah hakikatnya yang perlu kita buat. Agar hubungan menjadi lebih bahagia mengikut jalan Allah tapi tidak meninggalkan budaya mereka asalkan tidak menyalahi agama islam.

Anak-anak saya di ajar berbahasa cina oleh suami saya. Menyambut perayaan seperti CNY dan pesta tanglung tanpa ada rasa eh itu kn cara cina,HARAMMMM, oh sila jangan terlalu pentingkan diri sendiri,jaga perasaan keluarga suami juga. Dia dilahirkan dan dibesarkan oleh ibu dan bapanya dari kecil sehjnggalah kita dipilih olehnya untuk dijadikan isteri yang sah.

Jangan terlalu kejam kepada keluarga mereka. Mana yang baik kita ikut. Mana yang tak baik kita tolak dengan cara baik. Terangkan kenapa tak boleh,minta hormat kita dan kita pun hormat mereka.

Setakat ini alhamdulillah kami tiada masalah.
Abaikan kata-kata orang diluar sana. Kalau difikirkan kata orang, cara kita senyum pun orang tak suka.

Alhamdulillah kami bahagia dengan cara hidup kami.
Anak2 pun happy setahun banyak kali dapat duit raya,dapat angpau.



#chinesemanandmalaylady
#mixfamily
#Qfamily

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Designed by UMIESUEstudio 2014 FOR hazritakahar.blogspot.com